BERAYA secara sederhana dan tidak perlu boros berbelanja. Itulah prinsip penyanyi Alyah dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagi Alyah, seseorang itu tidak perlu boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

"Bila dah besar, saya lebih suka menyambut Hari Raya secara sederhana. Saya lebih mengutamakan dua anak angkat saya," katanya kepada pemberita.
Pelantun lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Ajai ini mengakui dia lebih mengutamakan anak angkatnya, Mohd Alif, 4, dan Naziatul Afiqah, satu tahun lapan bulan dalam menyambut hari lebaran.
Katanya, dia memastikan dua anak angkatnya mendapat baju serta kasut baru berbanding dirinya sendiri.
Untuk Hari Raya ini, Alyah bercuti seminggu di kampung halamannya di Galang Patah, Johor Bahru. Selepas ini, dia akan giat mempromosikan single terbarunya, Kau Bisu ciptaan Omar K dan lirik oleh Sulu Sarawak.
Semasa bertandang ke rumah Fizo Omar di Pasir Putih, Kelantan sempena open house hari raya baru-baru ini Che Li berjumpa dengan Danny X Factor yang turut bertandang memeriahkan majlis Fizo.

Semasa bersembang dengan Danny, Che Li nampak sendi jari kanan Danny bengkak lalu Che Li tanya, sama ada dia ada masalah atau sebaliknya.
SETELAH hampir setahun pelbagai kontroversi yang membabitkan Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi senyap tanpa berita, hal rumahtangga mereka yang lepas timbul lagi.
Kali ini, kenyataan mengejut daripada Abby membabitkan hutang wang hantaran berjumlah RM11,111.11 yang masih belum dilangsaikan Norman.
